Pemandu mengamuk siap 'drift', acu parang di Sibu


  • Tular
  • Rabu, 03 Ogos 2022

Tangkap layar video lelaki yang mengacukan parang kepada pengguna jalan raya lain. — Facebook/Info Sibu

SEORANG lelaki bukan sahaja memandu secara melawan arus, malah mengugut seorang pengguna jalan raya lain dengan menggunakan parang.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Upper Lanang, Sibu, Sarawak pada Selasa.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Hilux dikejar oleh suspek yang menggunakan kereta jenis Perodua Kancil.

Kejadian itu dipercayai bermula ketika kedua-dua kenderaan berhenti di lampu isyarat sebelum suspek keluar dari kereta dan menghentak kereta mangsa menggunakan parang.

Mangsa kemudiannya bertindak mengundurkan kenderaannya bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Bagaimanapun dalam satu lagi video berasingan, suspek dipercayai tidak berpuas hati dan memotong kereta mangsa sebelum berpatah melawan arus secara mengejut di hadapan kenderaan mangsa.

Suspek kemudiannya sekali lagi mengacukan parang dan mangsa bertindak mengundurkan kereta sbelum sebelum memecut dan melanggar kereta pemandu Kancil itu.

Seorang warganet, Anthony Suwen mendakwa kesilapan berpunca daripada pemandu Toyota Hilux.

"Kalau tak silap, saya sendiri nampak semasa keluar dari simpang pasar Mantis, pemandu Hilux hampir melanggar kereta Kancil.

"Pemandu Kancil nampak macam tidak puas hati dan tiba-tiba terus menuju mahu melanggar Hilux tetapi tidak sempat kerana kenderaan itu memecut laju ke bandar," dakwanya.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berkaitan kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram