Parah diserang gajah liar ketika cari durian belakang rumah di Gerik


  • 112
  • Isnin, 01 Ogos 2022

Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kemar sebelum nedapatkan rawatan lanjut di ICU Taiping. — Facebook

SEORANG wanita Orang Asli patah tangan dan kaki dipercayai akibat diserang seekor gajah liar di Kampung Katong Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik, Perak pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Zulkifli Mahmood berkata, mangsa berusia 30 tahun itu mengalami patah tangan dan kaki kanan serta lebam di bahagian perut akibat diserang gajah liar di belakang rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang.

"Mangsa pergi ke belakang rumahnya untuk mencari durian. Jarak kebun dengan rumah lebih kurang 20 meter.

"Tanpa disedari mangsa telah diserang dan ditendang oleh seekor gajah yang berada di tempat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zulkifli berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram