Warga emas rentung, kedai keranda terbakar di Jalan Bunga Raya


  • 112
  • Rabu, 29 Jun 2022

Pasukan bomba memadamkan kebakaran di bangunan kedai dua tingkat Jalan Bunga Raya di Melaka pada Rabu. — Sinar Harian

SEORANG warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis menjual keranda di Jalan Bunga Raya di Melaka pukul 5.45 pagi Rabu.

Mayat Loh Yock Sit, 77, ditemui dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa II Yazid Mohd. Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pukul 5.49 pagi sebelum empat jentera bomba dikerah ke lokasi bersama 26 anggota.

"Warga emas yang bekerja di premis terbabit dipercayai terperangkap di dalam bilik air ketika api marak.

"Kebakaran berjaya dikawal pukul 6.05 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis.

"Punca punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik," katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

warga emas, rentung, keranda, bomba, Melaka