Berpantang maut sebelum ajal, kontraktor terselamat tiang hempap 'excavator' di P.Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 25 Jun 2022

Gambar tular di media sosial memaparkan kejadian sebuah tiang tiba-tiba menghempap jentera pengorek di Pulau Pinang.

USIA seorang kakitangan pembinaan masih panjang selepas terselamat daripada kemalangan di tempat kerja di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, dekat Simpang Ampat, Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu, pekerja tersebut sedang mengendalikan sebuah jentera pengorek atau excavator.

Tiba-tiba, sebuah tiang besar dan berat menghempap kabin jentera pengorek itu sehingga remuk, dipercayai ketika kerja-kerja mengorek tanah dilakukan.

Namun, dengan kuasa Tuhan, beliau didapati terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beberapa gambar kejadian termasuk tiang tersebut menghempap jentera tersebut tular di media sosial sejak Sabtu.

289449520_3167217610209845_6779508527388682557_n

Keadaan pekerja pembinaan tersebut yang dilihat trauma namun lega selepas terselamat daripada kemalangan itu.

Lebih sayu, gambar pekerja tersebut menangis dipercayai trauma dan lega selepas terselamat daripada nahas itu turut menyentuh hati orang ramai.

Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram