SEORANG lagi bekas pemimpin DAP tampil menjelaskan alasan beliau meninggalkan parti itu sejak dua dekad lalu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Song Sing Kwee berkata, langkah itu dibuat berikutan kecewa dengan cara parti itu dikendalikan, selain gagal berpegang kepada prinsipnya.