Mentaliti 'out', cermin kereta pecah gara-gara alih kon cop parking


  • Tular
  • Isnin, 13 Jun 2022

Kelihatan sebuah kenderaan baru sahaja keluar dari tempat letak kereta yang mana selepas itu pemandu tersebut keluar dan meletakkan tong sampah di ruang parkir. — Twitter

BELUM lagi selesai isu ubah suai rumah tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan di kawasan perumahan apartmen atau flat, kini satu lagi hal yang sering berlaku di kawasan perumahan bertingkat iaitu cop tempat parking kenderaan.

Perbuatan 'cop parking' antara budaya yang masih menebal bagi sesetengah individu atas alasan nak memudahkan urusan meletak kenderaan mereka dan adakalanya boleh menyebabkan pergaduhan akibat perbuatan itu.

Namun begitu, baru-baru ini beberapa rakaman yang memaparkan penduduk 'cop parking' di rumah flat menggunakan tong sampah, motosikal, kerusi dan botol mendapat kecaman ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh @Malaysiavirall di Twitter, kelihatan sebuah kenderaan baru sahaja keluar dari kotak parkir kereta yang mana selepas itu pemandu tersebut keluar dan meletakkan tong sampah di ruang parkir.

Situasi kejadian yang dikongsikan oleh @Malaysiavirall di Twitter. Twitter

Susulan perkongsian itu, video tersebut mendapat pelbagai reaksi di ruangan komen kerana berasa kurang senang selepas melihat tindakan pentingkan diri dan kurang sensitif terhadap penduduk kejiranan di situ.

"Dulu duduk flat ada jenis perangai macam ini, kita balik kerja dah penat pusing flat, tiba-tiba ada satu petak itu ada penyidai, kita ini penat campur mengantuk pergi alihkan penyidai ke tepi, alhamdulillah kereta kita terus viral dalam 'group' taman," kata Siti Zaleha.

"Kepada manusia-manusia yang berperangai macam ini, berpindahlan ke rumah teres atau banglo, tak perlu nak berebut-berebut parking," jelas Evanthe Elsie.

"Dah tahu duduk rumah murah, buatlah cara duduk rumah murah, ini tak, nak buat cara duduk kondominium," tulis Ahmad Polo.

Seorang pengguna media sosial, Putera Nurarif, mendakwa di satu kawasan perumahan flat dipercayai Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur penduduk di sana akan bertindak lebih agresif kepada indvidu yang mengalihkan tanda 'cop parking' mereka.

Dia mendakwa jika sesiapa yang mengalihkan kon atau apa-apa halangan yang telah dibuat indvidu 'cop praking' tersebut kenderaan mereka akan dirosakkan.

"Paling samseng dekat Taman Bukit Angkasa kalau cuba ubah dia punya kon itu esok pecah cermin kereta," ujarnya.

Komen

Komen orang ramai tentang isu tersebut. Facebook

Untuk makluman semua, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JPJ, Parking, Parkir, Cop, Flat, Rumah, Kereta,