Agong, Permaisuri positif Covid-19


  • Primer
  • Sabtu, 02 Apr 2022

AGONG bersama Permaisuri akan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara. — The Star

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara sehingga 7 April depan selepas disahkan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadul Shamsuddin berkata, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin sehingga 8 April depan.

"Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan.

"Kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan," katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Fadli berkata, Seri Paduka Baginda juga menyeru supaya rakyat sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri mesukpun negara telah memasuki fasa peralihan endemik Covid-19 pada 1 April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram