MAYAT seorang pekebun yang dihanyutkan arus deras di Sungai Labuk di daerah Beluran timur laut Sabah, ditemukan oleh petugas mencari dan menyelamat.
Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superitendan Kasim Muda, mayat Idham Olah, 45, ditemukan pada tengah hari Isnin, kira-kira 600 meter dari kawasan dia dilihat dibawa arus sungai yang deras.
Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.
Idham sedang mandi di sungai bersama tiga rakannya sekitar jam 11.30 pagi Ahad, apabila mereka terdengar dia menjerit meminta tolong sebelum hilang dibawa arus.
Rakan-rakannya yang tidak dapat menyelamatkan Idham akibat arus deras kemudian membuat panggilan kecemasan meminta bantuan manakala ahli keluarga dan penduduk kampung lain di kawasan Kampung Bauto turut bersama-sama mencarinya.
Pencarian membabitkan anggota bomba dan juga Rela dihentikan pada malam Ahad apabila keadaan mula gelap.
Ia disambung semula pada 8.30 pagi Isnin dengan fokus pencarian di sepanjang tebing sungai. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram