'Macam air kencing,' Pemandu berdepan detik cemas ketika potong lori


  • Tular
  • Khamis, 24 Mac 2022

TANGKAP Layar rakaman kereta pemandu itu dibaling dengan plastik yang dipercayai berisi air kencing oleh seorang pemandu di jalan raya.

PELIK dan mengejutkan. Itu yang dialami oleh seorang pemandu jalan raya selepas mendakwa keretanya dibaling dengan plastik yang dipercayai berisi air kencing oleh seorang pemandu lori.

Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera papan pemuka kereta milik pemandu tersebut dan tular menerusi hantaran di halaman DashCam Owner Malaysia.

RAKAMAN video berhubung kejadian itu.

Berkongsi detik cemas itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Saifulzaman Sabirin berkata, dia sedang memandu di Lebuh Raya Pantai Timur pada kira-kira jam 12.42 tengahari Rabu.

Namun ketika memotong sebuah lori, tiba-tiba pemandu kenderaan berat itu melemparkan bungkusan berisi air berwarna kuning.

Katanya, dia tidak tahu apakah sebab pemandu lori itu bertindak sedemikian rupa.

"Tak tahu apa kena dengan dia..Tengoklah sendiri apa yang dibaling..Anda teka sendiri," katanya.

Dia kemudiannya berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) bagi memastikan bungkusan yang dibaling oleh pemandu lori itu.

Ternyata, sangkaannya itu adalah tepat bahawa pemandu lori itu membaling air kencing dan dia terpaksa membersihkan keretanya itu.

Susulan video tular itu, ramai warganet yang mengecam tindakan tidak bermoral yang dilakukan pemandu lori itu dan menggesa Muhammad Saifulzaman untuk membuat laporan polis kerana tindakan pemandu itu boleh membawa kepada kemalangan.

"Buatnya pemandu kereta ini terkejut..Tidak ke bahaya kena divider..Kalau ada anak bini dalam kereta, tak pasal-pasal nyawa melayang," kata Jeff Jeffry.

"Lapor saja..dashcam dah ada..bagi ajar yang kurang ajar..memang macam dia sengaja buang," kata, Ras Deco.

WhatsApp Image 2022-03-24 at 14.00.34

DAKWAAN warganet lain berhubung lori dari ri syarikat Tekad yang pernah membuat masalah sebelum ini.

Dalam pada itu menjengah di ruang komen, ada juga warganet yang mendakwa lori dari syarikat berkenaan Tekad sebelum ini pernah tular dengan masalah sama iaitu membuang 'sampah' dari luar tingkap.

Majoriti cuba untuk mendapatkan penjelasan dari mangsa berhubung perkara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram