Meningkat semula, 27,808 kes baharu Covid-19 direkod


  • Primer
  • Sabtu, 19 Feb 2022

SEBANYAK 16 kluster baharu dikenal pasti dengan 486 kluster yang masih aktif setakat ini. — Bernama

MALAYSIA masih mencatatkan peningkatan untuk kes positif Covid-19 harian dengan jumlah 27,808 kes pada Jumaat berbanding 26,701 kes pada Khamis.

Jumlah harian itu menjadikan angka kumulatif kes Covid-19 di negara ini bertambah kepada 3,166,023 kes setakat ini.

Berdasarkan kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada Sabtu, sebanyak 7,773 kes merupakan dari kategori satu manakala, 19,932 kes merupakan kategori dua.

"Sebanyak 49 kes merupakan dari kategori tiga, 31 kes (kategori empat) dan selebihnya 23 kes merupakan dari kategori lima," katanya,

Selain itu, sebanyak 16 kluster baharu dikenal pasti dengan 486 kluster yang masih aktif setakat ini.

Untuk maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara mencatatkan 1.27 dengan Labuan merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.99 diikuti Sarawak iaitu 1.50 serta Sabah (1.47). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram