Pengawal keselamatan obses, pecah masuk rumah wanita di Seri Alam


  • Tular
  • Isnin, 14 Feb 2022

TANGKAP layar rakaman CCTV pengawal keselamatan itu di rumah mangsa. — Facebook/Yuyun Nissa

SEORANG wanita mendakwa diganggu pengawal keselamatan di kawasan perumahannya.

Pada masa sama, wanita itu juga mendakwa, pengawal keselamatan itu juga ‘sesuka hati’ menceroboh kediaman miliknya Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor.

Kejadian pada Khamis minggu lepas itu diketahui semasa mangsa dalam perjalanan balik melalui siaran langsung dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya dengan teknologi motion detected.

HANTARAN dari mangsa, Yuyun Nissa.

"Tiba-tiba dapat notification apps CCTV dari dalam rumah “motion detected” asyik blink saja terus buka tengok live CCTV. Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah Yun, lelaki itu macam kenal sangat. Sekali tengok baju dia pakai oh tidak!! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun.

"Dia berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju seluar semua, sempat lagi dia WhatsApp call Yun tanya di mana. Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun dan memang ada niat yang tidak baik," kata wanita itu yang dikenali sebagai Yuyun Nissa.

Selepas melihat video CCTV itu, wanita berkenaan memberitahu kakak dan abang iparnya untuk memantau keadaan rumahnya, namun lelaki itu sempat melarikan diri dengan meninggalkan bajunya-bajunya.

Setelah itu, mangsa bertindak melaporkan pada pihak polis dan pengawal keselamatan itu telah berjaya ditangkap polis pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yun memberitahu, menurut pihak polis suspek juga mempunyai kes jenayah lampau melibatkan dadah.

"Polis bagi tahu dia ada kes dadah. Okay la dah tahu lah kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah. Tapi Yun salute dengan polis Johor #PDRM sangat cekap dan cepat buat tangkapan.

"Kes sedang berjalan dan tolong doakan urusan Yuyun semoga dipermudahkan. Amin," katanya.

Melalui hantaran Yuyun Nissa pada Ahad di halaman Facebooknya, dia juga mengingatkan agar sentiasa berhati-hati walaupun tinggal di kawasan perumahan yang ada pengawal keselamatan.

Majoriti sedang menunggu maklumat lanjut daripada Yuyun Nissa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram