MEMORANDUM persefahaman (MoU) berkaitan pengambilan pekerja Indonesia di Malaysia dijangka ditandatangani pada Februari, dengan bayaran terhad yang perlu dibayar oleh majikan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, tarikh pemeteraian itu adalah pada 7 atau 8 Februari di Indonesia, dekat lokasi yang akan diberitahu kelak.