Nak salahkan siapa? tukar lorong tanpa signal atau bunyikan hon lama-lama


  • Tular
  • Selasa, 04 Jan 2022

TANGKAP layat video yang memaparkan sebuah kereta menukar lorong tanpa memberikan signal. — Facebook

APA guna pakai kereta mewah tetapi signal tak tahu nak guna.

Itu ayat yang selalu digunakan rakyat Malaysia untuk memerli rakyat Malaysia yang tidak tahu menggunakan signal sama ada mahu memasuki simpang atau menukar lorong.

Terbaharu, tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Camry menukar lorong secara mengejut tanpa memberi signal.

​​​​​​Berang dengan tindakan tersebut, kereta dibelakang yang merakam tindakan tersebut telah membunyikan hon berpanjangan.

Pemandu itu turut meluahkan rasa bengang dengan tindakan kereta di hadapannya yang menukar lorong tanpa memberi signal.

WhatsApp Image 2022-01-04 at 10.19.53 AM

TANGKAP layar video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial berkenaan tindakan menukar lorong tanpa memberi signal. — Facebook

Mengintai ke ruangan komen, ada dua reaksi yang diberikan oleh netizen iaitu satu berkenaan dengan tindakan menukar lorong tanpa signal dan kedua ialah tindakan pemandu yang membunyikan hon lama sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Osman Uzair berkata, tindakan memberikan hon panjang itu bagus sebagai peringatan kerana jika berlaku kemalangan, kereta di hadapan tidak akan bertanggungjawab.

“Mahal sangat ke nak bagi signal. Menyusahkan orang. Buatnya di belakang ada kereta, dia selamat tapi kita yang kena sondol belakang,” katanya.

Sementara itu, Ilmar Ilkasa pula berkata, membunyikan hon pendek sebagai amaran sudah mencukupi.

WhatsApp Image 2022-01-04 at 10.16.44 AM

TANGKAP layar komen yang ditinggalkan netizen berkenaan dengan video tersebut. — Facebook

Perkara sama turut dikongsi Hisyam Zuhdi yang beranggapan bahawa hon panjang akan membuat orang lain terkejut.

Bagi Mirzan Shaleh pula, tindakan kereta Camry itu adalah kerana tiada pilihan lain dek terkejut apabila terdapat kereta di hadapannya.

“Camry itu mungkin terkejut kerana selepas selekoh, terus ada kereta dan kalau dia brek, akan hentam kenderaan di hadapan.

“Kau yang hon pun akan buat perkara yang sama kalau berada di situasi mengejut macam itu,” katanya.

Sementara itu, Syamil Zainal juga berkata mujur tindakan pemandu yang hon itu tidak mengakibatkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Nasib dia tak koyak kena hon. Kalau dia koyak, jenis kepala gila, mahu kena stereng lock cermin hadapan kereta tu,” katanya.

Turut menyatakan rasa sama ialah Amir Sidek yang berkata, angkat tangan sebagai tanda kemaafan sudah mencukupi.

“Dia dah sedar kesilapannya. Takkan nak suruh dia keluar dan sujud di kaki kot,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, video, signal, jalan raya, hon, bengang