The Star sinonim dengan berita boleh dipercayai — Annuar Musa


  • Primer
  • Rabu, 10 Nov 2021

ANNUAR Musa ketika menyampaikan ucapananya pada malam gala sambutan ulang tahun ke-50 Star Media Group. —Foto AZMAN GHANI

THE STAR memainkan peranannya dengan baik untuk sinonim dengan berita yang diyakini dan dipercayai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Berkongsi pengalaman ketika membaca akhbar itu pada zaman kanak-kanak, beliau berkata, meskipun The Star agak muda dalam organisasi di seluruh dunia ketika itu, namun ia telah mencapai banyak kejayaan dalam tempoh lima dekad yang lalu.

"Saya memuji Star Media Group kerana membawa cerita yang membuka mata di muka hadapan dan kemudian membuat susulan lagi bagi memastikan tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

"Walaupun ada kalanya beberapa cerita tidak memihak kepada kerajaan, The Star telah membuktikan bahawa mereka memang sesuai dengan tagline mereka - The People's Paper," katanya ketika berucap sempena malam gala sambutan ulang tahun ke-50 Star Media Group (SMG) di ibu negara pada malam Selasa.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon, Pengerusi SMG Tan Sri Chor Chee Heung, Ketua Pegawai Eksekutif SMG Alex Yeow, Ketua Pegawai Kandungan SMG Esther Ng dan penasihat kumpulan SMG Datuk Seri Wong Chun Wai.

file7icfeyat749c1slt1cz

Sambutan ulang tahun ke-50 SMG meriah di salah sebuah hotel dekat ibu negara pada malam Selasa. — Foto AZHAR MAHFOF

Mengulas lanjut, Annuar Musa berkata, The Star telah beralih maju mengatasi perkataan yang dicetak dan merupakan salah satu perintis dalam membawa berita kepada pengguna dalam talian.

Sejak itu, katanya, ia telah berkembang menjadi sebuah entiti multi-media.

"Daripada program anugerah, pameran pendidikan dan hartanah kepada ekspo rumah dan pelbagai aktiviti lain yang memenuhi keperluan orang ramai, kebanyakan jenama ini telah menjadi terkenal. Terus berkembang dan tahniah.

"Masa depan adalah perkara yang menarik kerana kita telah berhubung lebih daripada sebelumnya, itulah sebabnya perkataan 'Komunikasi' dan 'Multimedia' kini sentiasa digunakan bersama.

"Saya sendiri adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia. Pekerjaan yang sangat sukar dan mencabar kerana saya belajar menyesuaikan kedua-duanya untuk memastikan keseimbangan yang bermakna untuk orang ramai. Dan saya mengharapkan The Star membantu saya," katanya.

Annuar Musa berkata, media kini lebih berkuasa daripada sebelumnya selain memberi perumpamaan bahawa sebatang pen adalah lebih tajam daripada sebilah pedang, seperti diakui oleh orang zaman dahulu.

Manakala ketika ini, katanya, papan kekunci pula boleh melancarkan peperangan atau menyelesaikan masalah dalam sesebuah negara.

"Media mempunyai peranan yang lebih besar untuk dimainkan dengan beban yang lebih berat di bahunya kerana berita dengan integriti sangat bernilai hari ini.

"Kita mempunyai keistimewaan untuk hidup ketika dunia lebih berpendidikan, lebih bertolak ansur dan lebih canggih, dan yang paling penting, lebih terdorong untuk membina dunia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

"Oleh itu, adalah sangat penting bahawa media seperti The Star terus memainkan peranannya untuk memartabatkan dan memajukan semua golongan masyarakat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Annuar Musa, SMG50, The Star, akhbar