[VIDEO] 'Kami tak boleh berhenti selagi golfer masih main', kedi wanita luah perasaan lepas rakan maut disambar petir


  • Benua
  • Rabu, 24 Sep 2025

Tangkap layar video menunjukkan penyelamat membantu seorang kedi ketika hujan lebat selepas dia dipanah petir di sebuah kelab golf Bangkok pada 18 September lepas.

SEORANG kedi wanita maut selepas disambar petir ketika bermain golf dalam hujan lebat di sebuah padang golf pada Khamis lepas (18 September) di The Legacy Golf Club, Jalan Panya Indra, daerah Khlong Sam Wa, Bangkok, Thailand.

Mangsa yang dikenali sebagai Anurat Changsi, 37, dilaporkan meninggal dunia pada Selasa akibat kecederaan parah yang dialaminya ketika empat pemain golf bersama empat kedi sedang bermain di lubang ke-17.

Difahamkan, petir dipercayai menyambar kawasan padang tersebut ketika hujan lebat hingga menyebabkan beberapa kedi cedera termasuk insiden tragis yang meragut nyawa kedi berkenaan.

BACA LAGI: Berpeluang ke WAGC, 70 pemain golf rebut gelaran kebangsaan di final PNAGS

BACA LAGI: Golfer muda Johor bawa pulang Piala Presiden acara golf amal Pekema edisi ke-11

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi sekitar pukul 5.30 petang selepas menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan. Anurat yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke Hospital Sinphaet untuk rawatan lanjut.

Sebuah rakaman video di media sosial menunjukkan detik pasukan penyelamat mengangkat mangsa ke atas pengusung dalam keadaan hujan lebat, di mana wanita berkenaan kelihatan tidak bergerak.

Ketua Balai Polis Khan Na Yao, Kolonel Nirutphon Yothamat hadir di lokasi untuk menjalankan siasatan awal, menyoal saksi serta memeriksa kawasan kejadian. Bagaimanapun, pihak polis belum mendedahkan butiran lanjut mengenai insiden tersebut.

Berita pemergian Anurat disahkan oleh ahli keluarganya melalui satu hantaran di Facebook pada Selasa baru-baru ini, yang kemudian dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai.

Salah satu komen paling mencuri perhatian datang daripada seorang wanita yang juga bekerja sebagai kedi dengan pengguna Facebook berkenaan menekankan risiko pekerjaan tersebut.

"Jika pemain golf tidak berhenti, kami juga tidak boleh berhenti. Kami berjalan dalam hujan dan menunduk apabila ada kilat," tulisnya sambil menasihati agar permainan dihentikan segera ketika hujan demi keselamatan semua pihak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram