[VIDEO] Pura-pura meraung di pengebumian suami, isteri rupanya dalang pembunuhan pegawai polis


  • Benua
  • Sabtu, 20 Sep 2025

Isteri mangsa, Briptu Rizka (berbaju hitam) didakwa sebagai suspek utama pembunuhan pegawai polis itu. — Agensi

KES pembunuhan tragis melibatkan anggota Unit Risikan (Intel) Polsek Sekotong, Brigadir Esco Faska Relly memasuki fasa baharu apabila isterinya sendiri, Briptu Rizka Sintiyani disahkan sebagai suspek utama oleh pihak berkuasa Nusa Tenggara Barat.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Bahagian Humas Polda NTB, Kombes Mohammad Kholid yang memaklumkan penetapan Briptu Rizka sebagai suspek dibuat selepas pembentangan kes dijalankan.

"Ya, isterinya telah menjadi tersangka (suspek),” katanya ringkas ketika ditemui media pada Jumaat. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan wujud suspek lain dalam kes berprofil tinggi itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Kontraktor maut tertimbus tanah runtuh ketika bertugas di Chiang Mai

BACA LAGI: [VIDEO] Niat murni bertukar tragedi, lelaki maut ketika cuba selamatkan 2 remaja jatuh 'pedal boat' di Danau Situ Salawe

Mayat Brigadir Esco ditemui mertuanya pada 24 Ogos lalu di kebun belakang rumahnya di Dusun Nyiur Lembang, Desa Jembatan Gantung, Kecamatan Lembar, Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Keadaan mayat ketika ditemui amat mengerikan dengan tubuh pegawai polis itu sudah membusuk, wajah rosak, dan leher terikat tali di bawah sebatang pokok hingga menimbulkan syak kuat wujud unsur jenayah.

Sebelum ditetapkan sebagai suspek, Briptu Rizka yang juga anggota polis wanita di Polres Lombok Barat telah dipanggil untuk siasatan intensif.

 

 

Hasil autopsi awal menunjukkan terdapat tanda-tanda kekerasan pada tubuh mangsa, menguatkan dakwaan bahawa Brigadir Esco menjadi mangsa penganiayaan sehingga membawa kepada kematian.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Umum Polda NTB, Kombes Syarif Hidayat, mangsa sempat bertugas di Polsek Sekotong sebelum dilaporkan hilang.

Catatan kehadiran dan keterangan rakan setugas mengesahkan Brigadir Esco berada di balai sebelum memaklumkan ingin melawat ibu bapanya yang dikatakan sakit, beberapa jam sebelum dia ditemukan tidak bernyawa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram