[VIDEO] Leka main telefon tak pandang kiri kanan, pekerja gudang maut terjatuh dihempap forklift


  • Tular
  • Khamis, 26 Jun 2025

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan detik-detik mangsa sebelum jatuh dihempap forklift.

GARA-GARA leka bermain telefon, seorang pekerja gudang dilaporkan maut akibat terjatuh ketika mahu menuruni lif.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Tiongkok, China pada 24 Jun lalu apabila mangsa kelihatan terlalu fokus melihat telefon pintarnya sambil menolak troli forklift.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pekerja lelaki itu pada awalnya menarik troli berkenaan sehingga ke depan pintu lif.

BACA LAGI: Lepas 5 hari usaha menyelamat, Juliana Marins disahkan meninggal dunia lepas terjatuh gaung di Gunung Rinjani

BACA LAGI: [VIDEO] Media sosial Presiden Indonesia 'dibanjiri' rayuan selamatkan wanita Brazil jatuh gaung di Gunung Rinjani

Selepas membuka pintu, dia terus memasuki lif tersebut tanpa menyedari bahawa lif berkenaan masih lagi di bawah, menyebabkan dia terjatuh bersama troli tersebut.

Difahamkan, troli berat itu menimpanya, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada butiran lanjut berkenaan kejadian itu setakat ini.

 

Insiden itu mengundang persoalan tentang sikap pekerja itu yang tidak memberi tumpuan ketika menjalankan tugas sehingga mendatangkan kecelakaan.

Rata-rata netizen memberi nasihat bahawa pekerja terutamanya di sektor industri berat tidak patut menggunakan telefon bimbit ketika bertugas.

Malah bagi situasi di Malaysia, pekerja yang ditimpa kemalangan akibat kecuaian sendiri mungkin tidak dapat membuat tuntutan insurans dan perlindungan PERKESO. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram