[VIDEO] Tak masuk akal, bayi kembar dibiar tanpa tutup but... dalam kereta bergerak laju


  • Benua
  • Rabu, 15 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan dua bayi dibiarkan dalam but kereta tanpa ditutup yang sedang bergerak di Indonesia pada Isnin.

KECOH di media sosial dengan tindakan berbahaya seorang pemandu kereta membiarkan dua bayi yang dipercayai pasangan kembar di dalam but yang terbuka di Pasar Gede Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia pada Isnin.

Menerusi rakaman video tular sejak Isnin itu, posisi kedua-dua bayi dalam kereta yang sedang bergerak itu dilihat menghadap ke arah belakang.

Pada masa sama, bayi tersebut hanya diletakkan dalam kerusi bayi atau lebih dikenali sebagai baby bouncer dan bukan menggunakan kerusi keselamatan khas bayi atau baby car seat.

Pengarah Training Director Safety Defensive Consultant Indonesia (SDCI), Sony Susmana berkata, kejadian tersebut sudah tergolong dalam kategori berbahaya yang sepatutnya dihentikan segera.

“Bayi itu terdedah kepada bahaya, bukan sahaja ketika kemalangan tetapi ia boleh cedera ketika kereta bergerak atau brek mengejut. Ini sebabnya mengapa kanak-kanak wajib dilindungi," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa peraturan yang harus diterapkan ketika membawa anak kecil di dalam kereta.

"Wajib gunakan children seat atau booster seat, memakai tali pinggang keselamatan. Pastikan juga mengunci pintu serta menjauhkan anak-anak dari alatan tajam yang boleh mencederakan mereka.

"Jangan lupa memasang pelekat yang menandakan sedang membawa kanak-kanak dan memandu dengan had laju maksimum 60 kilometer per jam di jalan raya.

"Membiarkan anak-anak di dalam keadaan itu sama dengan membiarkan mereka dalam bahaya kerana kita tidak pernah tahu bila kemalangan akan berlaku," katanya.

Justeru, Sony mengatakan perkara itu sebagai tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh ibu bapa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram