PENDUDUK kampung dekat Bulungan, Kalimantan Utara, Indonesia, digemparkan dengan penemuan mayat terapung seorang bayi perempuan pada pagi Selasa.
Ketika ditemukan dalam Sungai Buaya di kampung itu, keadaan tubuh badan mayat bayi perempuan itu sudah mulai mereput dan berbau busuk.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, mayat bayi perempuan itu ditemukan pekerja Jabatan Kerja Raya dan Perumahan Awam (DPUPR) ketika menjalankan kerja pembersihan di sungai tersebut.
“Siapalah yang sanggup membuang bayi tidak berdosa ini,” kata lelaki yang menjumpai mayat itu dalam rakaman tersebut.
Menurut siasatan awal polis, bayi itu dipercayai dibuang ke dalam sungai kira-kira dua hari lepas.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Besar Daerah Dr. H. Soemarno Sosroatmodjo untuk proses bedah siasat.
“Kami masih menunggu hasil bedah siasat, siasatan masih diteruskan, dan semoga pelakunya segera ditemui, mohon doanya," kata Bripka Hadi Purnomom, pegawai polis yang menyiasat kes tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram