SEORANG wanita tua mencuri perhatian ramai selepas dilihat berjalan di Sungai Narmada dekat Madhya Pradesh, India baru-baru ini.
Hangat diperkatakan di laman media, masyarakat di kawasan tersebut menganggap wanita itu sebagai 'Dewi Sungai' yang berkebolehan berjalan di atas permukaan air.
Namun, individu terbabit yang dikenali sebagai Jyoti Raghuvanshi menafikan dakwaan itu.
Menurut Jyoti, dia hanya melakukan budaya Parikarma yang merupakan satu kepercayaan diamalkan dalam agama Hindu yang menuntut penganutnya mengelilingi kawasan suci di sungai terbabit selain menegaskan dia hanya berjalan di sekelilingnya sahaja.
Namun, dakwaan itu disangkal ramai dan penduduk mula memburu wanita tua itu untuk mendapatkan restu daripadanya.
Rakaman tular itu mendapat perhatian pihak polis dan keluarga Jyoti sudah pun dihubungi sebagai persiapan untuk membawanya pulang dengan selamat.
Belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan kejadian itu dengan polis sedang cuba mendapatkan individu yang merakam insiden tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram