[VIDEO] Kematian dicemburui, wanita meninggal saat menghafal al-Quran


  • Benua
  • Rabu, 12 Apr 2023

Tangkap layar seorang wanita meninggal dunia di Masjid Babussalam, Serang Kecamatan Coblong, Bandung. — Agensi

KEMATIAN dicemburui ialah kematian dalam melakukan amal soleh termasuk ketika mengaji al-Quran seperti dialami seorang wanita di Indonesia pada Ahad lalu.

Pada waktu kejadian, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu sedang menghafal al-Quran bersama jemaah wanita yang lain di Masjid Babussalam, Serang Kecamatan Coblong, Bandung.

Video berdurasi 33 saat yang dimuat naik di laman Twitter Boer@burhanudin30 itu turut tular dan mendapat 4,186 tontonan di media sosial.

"Detik-detik jemaah Majlis Nurunnisa Masjid Babussalam, Coblong Bandung meninggal dunia pada Ahad 9 April 2023. Selepas mengaji, dia terus menghafal al-Quran. Ini adalah kematian yang husnul khatimah," tulisnya.

Pada waktu kejadian, kelihatan wanita terbabit sedang membaca al-Quran di ruangan masjid berkenaan dan secara tiba-tiba mendiamkan diri.

Dia yang berada dalam posisi duduk tiba-tiba rebah sebelum jemaah wanita lain segera membantunya.

Memetik laporan media antarabangsa sumateraekspres.com, wanita berkenaan sudah dikebumikan oleh keluarganya pada hari yang sama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram