
SATU keajaiban berlaku semasa kejadian runtuhan lombong emas di Republik Demokratik Congo pada Sabtu lalu yang menyebabkan beberapa orang pelombong terperangkap.
Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan usaha menyelamat yang bagi mengeluarkan pelombong yang terperangkap di bawah runtuhan tanah.
Dalam kejadian getir tersebut, sekumpulan pelombong pada mulanya dilihat menggunakan cangkul untuk membersihkan halangan terhadap satu ruangan sempit bagi mengeluarkan individu terperangkap.
Usaha itu berhasil apabila seorang pelombong berjaya keluar melalui ruangan kecil tersebut.
Bagaimanapun, tanah daripada atas runtuhan mula runtuh ke arah laluan itu sehingga kembali menutup ruang tersebut.
Disebabkan situasi itu, seorang pelombong dilihat dengan segera menggunakan kedua-dua tangannya untuk membersihkan halangan berkenaan dan menarik keluar beberapa orang lagi pelombong yang berada di dalam tanah
Aksi berani tersebut berjaya memastikan kesemua sembilan pelombong yang terperangkap keluar dari lubang dengan selamat.
Lelaki tersebut dilihat turut terpaksa mengelak beberapa runtuhan kecil yang jatuh ketika usaha menyelamat.
"Akibat kejadian tanah runtuh itu, kami dengan cepat menggerakkan orang ramai untuk membersihkan runtuhan yang menghalang ruang masuk.
"Pada pagi Sabtu ini. Mereka berjaya menyelamatkan sembilan pelombong ini," kata, wakil masyarakat tempatan Crispin Kayuka, seperti yang dilaporkan Reuters.
Rakaman usaha menyelamat itu tular dan mengumpulkan pelbagai reaksi di media sosial.
Yesterday in DR Congo at around 2pm: artisanal copper miners saving each in Luwowo, in the Muvumboko neighbourhood pic.twitter.com/oCY2qplWKH
— Nicolas Niarchos (@PerneInAGyre) March 25, 2023
Ramai yang mengangkat penyelamat itu sebagai adiwira kerana mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan rakan sekerja.
Laporan oleh Reuters mengatakan bahawa kekurangan prosedur keselamatan dan peralatan yang betul adalah faktor utama membawa kepada insiden tersebut yang kerap berlaku di negara berkenaan
Dalam kebanyakan kes, pelombong yang terperangkap di bawah tanah mempunyai peluang sangat tipis untuk hidup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram