[VIDEO] Pegawai penjara sayu, buka pintu sel beri peluang banduan dan anak kecil berpelukan


  • Benua
  • Sabtu, 25 Mac 2023

Tangkap layar video memaparkan banduan tersebut memeluk anaknya ketika berada di penjara.

SUASANA bulan Ramadan menjadi sayu seketika, apabila banduan dibenarkan bertemu dengan ahli keluarganya.

Menerusi video tular, seorang pegawai penjara dilihat membuka pintu sel bagi membenarkan seorang banduan lelaki tersebut memeluk anak perempuannya, walaupun hanya dalam tempoh singkat.

Pegawai itu pada mulanya hanya membenarkan banduan tersebut mencium dan memeluk anak perempuannya berkali-kali di sebalik tirai besi.

Tidak sampai hati melihat keakraban bapa dan anak itu dipisahkan, pegawai bertugas tersebut akhirnya membuka pintu sel didiami banduan tersebut bagi membenarkannya mendukung, memeluk dan mencium anaknya dengan lebih erat.

Video berkenaan dimuat naik di laman TikTok Handoko Dregs dan kini berlegar-legar di media sosial.

Lokasi sebenar penjara yang difahamkan terletak di Indonesia itu sehingga kini masih belum dapat dipastikan.

Selain itu, masih belum dapat dipastikan kesalahan dilakukan banduan berkenaan sehingga dikenakan hukuman penjara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram