LUMRAH berniaga, sudah pasti cabarannya yang tersendiri. Bagi seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap sekumpulan remaja yang kerap mengganggu kedua orang tuanya ketika hendak pergi berniaga baru-baru ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku di daerah Medan, Sumatera Utara, Indonesia
Melalui video yang dimuat naik di akaun TikTok @Chintiasaraz memaparkan sekumpulan remaja berkenaan mengganggu ibu dan ayahnya.
Menurut Chintiasaraz kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 pagi ketika kedua orang tuanya dalam perjalanan untuk berniaga di bandar.
"Setiap hari, ibu bapa saya akan menjual makanan dari pukul 1 pagi hingga Subuh.
"Sekumpulan remaja ini sering membuat gangguan dengan mengacau dan berborak dengan kuat tanpa mempedulikan orang lain," katanya.
Chintiasaraz berkata, kejadian bukan kali pertama berlaku walaupun sekumpulan remaja tersebut ditegur beberapa kali.
"Video ini bukti perkara ini kerap terjadi dan ibu bapa saya akan diejek sekiranya mereka menegur sekumpulan remaja berkenaan.
"Malah sekumpulan remaja berkenaan pernah mengancam keselamatan kami," katanya.
Kesal dengan tindakan sekumpulan remaja berkenaan yang sering mengganggu kedua orang tuanya, Chintiasaraz merakam video tersebut.
Chintiasaraz memuat naik video tersebut di media sosial dengan tujuan agar mendapat perhatian warga maya dan pihak berkuasa.
Dalam video berdurasi 45 saat itu memaparkan 10 orang remaja lelaki menghalang jalan ibu dan bapa Chintiasaraz yang menaiki motosikal.
Turut kedengaran salah seorang daripada mereka tidak mempedulikan Chintiasaraz yang merakam kejadian tersebut.
Lebih menyakitkan hati lagi, sekumpulan remaja berkenaan kelihatan bersorak dan ketawa ketika mereka mengacau warga emas tersebut.
"Viralkan (tularkan) sahaja, haloo hai," katanya sambil tertawa.
Video tersebut menjadi tular di media sosial dan rata-rata warga maya mengecam tindakan sekumpulan pemuda berkenaan.
Memetik laporan media antarabangsa, blok.com, pihak Polis Medan sudah mengambil tindakan terhadap sekumpulan remaja berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram