[VIDEO] Penjenayah paling dikehendaki mati ditembak rifle jarak dekat dalam trak pikap


  • Benua
  • Rabu, 07 Dis 2022

Tangkap layar kejadian tembakan senapang dan pistol yang mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian.

SEORANG lelaki maut dalam satu serangan senapang selepas ditembak dari jarak dekat ketika memandu sebuah trak di Estrada dos Costas, Brazil pada Selasa.

Mangsa yang turut mempunyai rekod jenayah itu dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Menurut polis awam, mangsa yang dikenali sebagai Sergio Equardo Aparecido Fazio da Costa sedang memandu kenderaan trak pikap sebelum didatangi dua suspek penjenayah yang menaiki kenderaan lain ketika kejadian.

Menerima beberapa das tembakan, mangsa kemudiannya hilang kawalan dan merempuh sebuah premis farmasi di situ.

Tidak terhenti di situ, suspek kemudiannya membuka pintu kereta tersebut sebelum melepaskan beberapa lagi tembakan tepat ke arah mangsa dengan menggunakan pistol dari jarak yang lebih dekat.

Mangsa gagal diselamatkan dan mati ketika kejadian manakala suspek kejadian pula berjaya melarikan diri.

Pihak polis dan tentera bersama Jabatan Siasatan Am (DIG) difahamkan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan setakat ini belum ada laporan terperinci dilaporkan mengenai suspek. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram