[VIDEO] Lelaki tak sayang nyawa, panjat menara 122 meter tanpa tali, abah-abah


  • Benua
  • Rabu, 07 Dis 2022

Tangkap layar video pendaki tersebut ketika memanjat menara berkenaan.

SEORANG pendaki bertindak nekad apabila memanjat bangunan setinggi 122 meter di pinggir Paris, Perancis.

Apa yang lebih mengejutkan, Alexis Landot, 22, memanjat Menara Mercuriales tanpa sebarang tali atau abah-abah.

Video dia memanjat menara tersebut kini tular di media sosial.

Menerusi media sosial, Landot turut menyiarkan kapsyen: "Mission Impossible dalam kehidupan sebenar, saya mencabar @tomcruise untuk melakukan perkara itu. Ini adalah hari yang hebat, cuaca sejuk namun memberi ganjaran lebih besar."

Videonya telah mengumpulkan lebih 60,000 tontonan dan lebih 31,000 memberi tanda suka (likes).

Meskipun kagum dengan keberanian lelaki tersebut, rata-rata pengguna media sosial memberi amaran bahawa aksi tersebut sangat bahaya, mengancam nyawa serta memintanya supaya mencari hobi lain.

Sebelum ini, Landot pernah mendaki bangunan pencakar langit La Defense dan Menara Montparnasse di Paris. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram