[VIDEO] Nahas berganda, penunggang skuter wanita terlanggar pintu SUV sebelum dirempuh kereta sampai tercampak di jalan


  • Benua
  • Rabu, 12 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang wanita melanggar sebuah pintu kereta yang dibuka secara mengejut

PENUNGGANG skuter wanita nyaris maut apabila dengan tidak sengaja merempuh pintu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dibuka secara mengejut.

Menerusi perkongsian sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu terlanggar pintu kereta berkenaan yang diparkir di susur jalan di Karnataka, India.

Tambah malang apabila tiba-tiba, sebuah kereta putih yang dipandu laju melanggar wanita tersebut sebelum berhenti secara mengejut.

Akibat pelanggaran itu, wanita berkenaan tercampak ke depan bagaimanapun keadaan trafik yang tidak sesak sedikit sebanyak menyelamatkan mangsa daripada dilanggar kenderaan lain di laluan itu.

Menerusi rakaman tersebut, orang ramai terus mengerumun wanita itu untuk melihat keadaannya dan memberikan pertolongan.

Kejadian yang berlaku pada 24 September itu dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Jalanraya Karnataka.

Menerusi laporan tersebut, orang ramai diingatkan supaya melihat cermin sisi kenderaan masing-masing sebelum membuka pintu kereta bagi memastikan tiada kenderaan untuk mengelakkan sebarang kemalangan.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram