'Hantu' kena pecat sebab takutkan kanak-kanak di taska


  • Benua
  • Isnin, 10 Okt 2022

Tangkap layar seorang pekerja menakutkan kanak-kanak undang kecaman masyarakat.

SAMBUTAN perayaan Halloween sering dikaitkan dengan kewujudkan hantu yang seram dan menakutkan.

Oleh itu pemakaian kostum atau topeng muka yang menggerunkan pasti menjadi pilihan untuk menakut-nakutkan individu lain dengan tujuan untuk bergurau.

Perkara itu bagaimanapun menjadi sebaliknya apabila seorang penjaga di pusat asuhan kanak-kanak di Mississippi, Amerika Syarikat.

Menerusi rakaman video yang tular, seorang pekerja mengenakan topeng muka menyerupai ‘hantu’ sambil berjalan-jalan di dalam kelas.

Hantu itu kemudiannya menghampiri kanak-kanak yang ada dan cuba menakutkan mereka sehingga menangis.

Sedutan rakaman yang menunjukkan seorang kakitangan pusat asuhan menakutkan kanak-kanak dengan memakai topeng muka menyeramkan.

Tindakan tersebut sekali gus mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat dan disifatkan terlalu kejam kerana rata-rata usia kanak-kanak terbabit lingkungan umur dua hingga lima tahun.

Menurut pemiliknya Sheila Sanders, dia menyedari perkara itu selepas video tersebut mendapat liputan meluas di media.

“Pekerja yang melakukan perbuatan itu tidak lagi bekerja bersama kami dan mereka sudah dipecat. Sesungguhnya saya tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya.

Pejabat Syerif Daerah Monroe, Liz Sharlot memberitahu, pihaknya akan menyiasat mengenai perkara itu dan berusaha untuk menjejaki suspek yang memakai topeng hantu tersebut.

“Sanders sudah memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui akan perkara itu dan juga tidak berada di tempat kejadian.

“Kami juga sedang dalam proses penilaian sama ada ingin menutup pusah asuhan anak-anak berkenaan atau tidak,” ujarnya.

Pekerja tersebut memakai topeng yang menyeramkan seperti dalam filem Scream. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram