[VIDEO] Geng 'hoodie' berjemaah belasah warga emas hanya kerana telefon bimbit


  • Benua
  • Ahad, 09 Okt 2022

Rakaman video itu memaparkan mangsa berusia 62 tahun ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kesemua suspek.

TULAR satu video memaparkan seorang warga emas dirompak tanpa belas kasihan oleh sekumpulan lelaki pada Rabu lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di di The Bronx, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5:20 petang waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ketika kejadian mangsa berjalan seorang diri sebelum didatangani oleh lima orang suspek.

Kejadian itu berjaya dirakam televisyen kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Rakaman video itu memaparkan mangsa berusia 62 tahun ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kesemua suspek.

Salah seorang suspek juga dilihat merentap jaket mangsa sekali gus menyebabkan dia jatuh tersembam ke lantai.

Suspek kemudiannya merampas telefon bimbit warga emas tersebut dan terus beredar dari tempat kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat di lokasi kejadian.

Setakat berita ini ditulis, pihak polis tempatan sedang berusaha mengesan kelima-lima suspek yang masih bebas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram