[VIDEO] Asyik mandi-manda, lelaki Jepun terkapai-kapai dilambung ombak sebelum terapung tidak bernyawa


  • Benua
  • Sabtu, 01 Okt 2022

Tangkap layar rakaman tular misi menyelamat seorang pelancong yang dikhuatiri lemas di pantai Khao Lak.

SEORANG pelancong asing dikhuatiri lemas ketika asyik bermandi-manda di pantai Khao Lak, wilayah Phang Nga, Thailand dalam kejadian pada Sabtu.

Menerusi satu video tular di media sosial, mangsa dilihat terkapai-kapai di tengah laut ketika ombak besar melanda pantai itu.

Orang ramai yang berada di kawasan pantai cuba menghulurkan bantuan namun keadaan ombak besar dan angin kuat menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Peralatan menyelamat seperti pelampung turut dibawa oleh anggota penyelamat dalam misi sukar itu.

Selepas beberapa cubaan, mangsa akhirnya ditemui dan segera diseret ke pantai. Bagaimanapun, penyelamat pantai mendapati lelaki warga Jepun itu sudah tidak bernyawa lagi.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh wartawan Thailand, สรยุทธ สุทัศนะจินดา กรรมกรข่าว di Facebook, mayat pelancong asing itu ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa merupakan pelancong berusia 47 tahun.

Sebaik insiden itu, pihak hotel menaikkan bendera merah sebagai tanda larangan berenang dan aktiviti pantai buat sementara waktu berikutan keadaan cuaca yang tidak baik.

Rakaman tersebut mendapat sejumlah 136,000 tontonan sejak dimuat naik pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram