[VIDEO] Diterjah pandu 'level' M40, peminta sedekah mengamuk tak tentu hala


  • Benua
  • Selasa, 27 Sep 2022

Tangkap layar pengemis itu tergesa-gesa masuk ke dalam keretanya kerana bengang dengan tindakan pengguna TikTok merakamkan aktivitinya.

KITA sangkakan hanya di Malaysia wujud pengemis mewah, tetapi ternyata di Indonesia juga ada golongan yang sama selepas tular video seorang peminta sedekah memandu sebuah kereta sedan.

Video yang dimuat naik di akaun pengguna TikTok @akuajaibbb pada Sabtu memaparkan seorang lelaki mengejar pengemis yang 'kantoi' membawa kenderaan tersebut.

Jika diteliti dalam vide, pengemis tersebut memandu kereta Toyota Vios, sebuah kereta yang mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan M40 di Malaysia.

Rakaman video pengemis berkenaan marah ketika ditegur oleh pengguna TikTok tersebut.

Apabila ditanya oleh pengguna TikTok itu tentang kereta tersebut, pengemis yang memakai baju merah itu kelihatan bengang.

Malah, dia juga dilihat cuba untuk menolak lelaki berkenaan sambil memarahi pemuda tersebut.

Pengemis itu juga tidak menghiraukan apa yang diperkatakan lelaki itu dan memilih untuk masuk ke dalam keretanya untuk segera beredar.

Dalam hantaran itu juga dinyatakan bahawa pendapatan seorang pengemis dalam sehari boleh mencecah RM91.14 sehari.

"Pengemis memandu kereta, kerana mengemis boleh mendapat 300,000 rupiah sehari atau lebih. Nilai itu lebih daripada pekerja pejabat," jelas kapsen dalam video itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram