Pasangan remaja sekolah menggeletar 'kantoi' berdua-duaan dalam tandas


  • Benua
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Tangkap layar video tular yang memaparkan pasangan pelajar sekolah berada di dalam tandas awam. — Agensi

PASANGAN remaja yang masih bersekolah 'kantoi' berdua-duaan di dalam tandas awam sebelum ditangkap oleh seorang wanita.

Menerusi video berdurasi 59 saat itu, wanita yang merakam video tersebut meminta pasangan remaja untuk keluar dari tandas itu.

Video tersebut dirakam di sebuah warung di Kampung Sidorejo, Madiun, Indonesia.

Pemilik warung, Suwito berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi pada Khamis dan ketika itu dia belum memulakan operasi perniagaannya.

Menurutnya, perbuatan pasangan remaja itu disedari rakannya, Fina, yang kemudian bertindak merakam video tersebut sebagai bukti.

"Kebetulan ketika itu memang Fina berada di kawasan tersebut dan ternampak pasangan remaja yang masuk ke dalam tandas.

"Kedudukan tandas itu memang terletak jatuh dari jalan raya dan tersorok," katanya.

Jelasnya lagi, pasangan remaja itu bagaimanapun dipercayai belum sempat berbuat apa-apa kerana tindakan mereka disedari awal.

"Mungkin belum ada apa-apa yang berlaku. Kerana ketika pasangan itu masuk, Fina terus menggertak mereka untuk keluar," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram