MESKIPUN segelintir masyarakat menganggap ikan keli berbau busuk dan hanyir, namun ikan itu sememangnya merupakan antara hidangan yang enak dinikmati sekiranya dimakan bersama nasi.
Namun begitu, tindakan jijik lelaki ini yang menternak ikan keli di lubang jamban telah mengundang perhatian netizen apabila memancing semula dan makan hidupan itu selepas tempoh dua bulan.
Turut menyajikan hidangan masakan di rumah, tahap kebersihan dan kesihatan ikan itu amat diragui oleh sesetengah netizen yang menganggap ia kotor.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Freaksjourney62, pemilik akaun ini pada awalnya berkongsi cara menternak ikan keli di rumah, namun tiada siapa yang menyangka bahawa ikan itu di 'flush' ke dalam lubang jamban dan disalurkan ke tangki paip najis di belakang rumah.
Selepas 2 bulan membesar di lubang najis, ikan keli itu kemudiannya dipancing semula dan digoreng rangup untuk dijadikan hidangan bersama rakannya.
Tangkap layar menunjukkan saluran lubang najis yang berada di belakang rumah.
Meskipun melakukan proses pembersihan dan cucian ikan dengan baik, hidupan yang berasal dari lubang najis itu dikatakan tidak sesuai untuk dimakan kerana terlampau kotor dan berbau busuk.
Rata-rata netizen di Indonesia meluahkan rasa jijik dan geli dengan proses ternakan yang dijalankan.
Rosid Abdul berkata, "Kotornya, kalau nak bersih dan tak berbau rendam dulu ikan tu di dalam air selama lima sehingga enam hari sebelum dimakan."
Bulanmu menambah, "Ini la sebab saya tak suka makan ikan keli, nenk saya kata ikan ni kotor dan hanyir, sampai sekarang tak pernah makan ikan keli sebab geli." — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram