Tarian wanita seksi atas meja cemari sambutan bulan kemerdekaan


  • Benua
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Tangkap layar seorang wanita menari dangdut di atas meja yang dikelilingi sekumpulan lelaki.

TULAR satu rakaman video seorang wanita berpakaian menjolok mata menari di atas meja pada majlis sambutan kemerdekaan.

Dalam video berdurasi 30 saat itu menunjukkan penyanyi wanita berpakaian seksi menyanyi lagu dangdut sambil menari di atas meja menghiburkan sekumpulan lelaki.

Seorang lelaki berbaju putih juga kelihatan menghulurkan sejumlah wang kepada wanita itu.

Malah wanita itu turut menari dengan aksi ghairah sekali gus menghangatkan lagi situasi majlis tersebut yang dihadir sekumpulan pemain golf.

Kejadian itu berlaku pada Majlis Ulang Tahun ke-65 Riau yang bertempat di Hotel Labersa Pekanbaru pada petang Rabu.

Turut kelihatan dalam video sepanduk bertulis "Bersempena HUT Riau, Golf Tournamen Gubernur Riau CUP" dan gambar Gabenor Riau Syamsuar.

Acara kejohanan golf merupakan itu merupakan sebahagian daripada acara Hari Ulang Tahun Pemerintah Provinsi Riau yang telah diadakan sejak awal bulan Ogos untuk sambutan bulan kemerdekaan Riau genap 65 tahun.

Kordinator pertandingan golf, Husni Tamrin menafikan pihaknya terlibat dengan insiden itu.

Katanya, acara wanita seksi menyanyi di atas meja adalah di luar agenda jawatankuasa pertandingan.

"Bagi pihak jawatankuasa dan Persatuan Golf Indonesia (PGI) Riau, kami memohon maaf terutama kepada Gabenor Riau.

"Disebabkan aktiviti ini dalam melibatkan ulang tahun Riau, kami juga ingin memohon maaf kepada rakyat Riau," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram