Pekerja pembersihan bunuh wanita selepas diherdik lewat belikan air


  • Benua
  • Selasa, 31 Mei 2022

Polis menunjukkan barangan yang dirampas dalam bilik lokasi mangsa dibunuh. — Agensi

HANYA kerana ditegur lambat membelikan air minuman, seorang pekerja pembersihan telah membunuh seorang wanita dalam satu kejadian di Kota Makassar, Indonesia.

Ketua Polis Makassar, Yudi Frianto berkata, mangsa pada awalnya ditemukan maut di dalam biliknya yang telah dihuni sejak dua tahun lalu.

"Kita pada mulanya menjangkakan kematian mangsa secara mengejut. Namun, selepas siasatan lanjut dibuat, ternyata mangsa sebenarnya telah dibunuh.

"Mangsa telah dibunuh dengan cara dipukul di muka dan dihentak ke tembok," katanya.

Menurutnya, motif pembunuhan adalah disebabkan rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang sebelum itu menyuruhnya membeli air minuman.

Namun, mangsa terpaksa menunggu lama dan telah menegur dan melempang suspek.

"Berang selepas dilempang, suspek yang juga pekerja pembersihan di bangunan itu telah memukul mangsa sehingga mati.

"Kita juga telah menemukan kesan benjolan di kepala mangsa," katanya yang menambah bahawa kejadian itu dilaporkan oleh pemilik bilik sewa itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram