DUA kumpulan remaja yang terlibat dalam pergaduhan di kawasan Kebayoran Baru, dekat Jakarta Selatan, Indonesia terlebih dahulu membuat persetujuan untuk bertemu menerusi laman Instagram.
Perkara itu terbongkar hasil soal siasat awal ke atas empat remaja yang terlibat dalam pergaduhan itu.
"Mereka membuat temu janji di Instagram, kemudian berkumpul," kata seorang pegawai di Jakarta Selatan, Superitendan Kompol Supriandi pada Sabtu.
Supriandi berkata, sekiranya ada pihak berkuasa yang melakukan rondaan di kawasan ditetapkan, remaja-remaja terbabit akan membatalkan pergaduhan itu.
"Tapi, ketika kejadian, pihak berkuasa tidak melakukan rondaan dan sebab itu pergaduhan tetap dicetuskan," katanya.
Tambahnya, penahanan empat remaja itu bermula selepas penduduk setempat melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
"Pasukan Pickup Paminal bersama anggota Pasukan Peronda Perintis Precision dan barisan TNI menerima laporan daripada penduduk bahawa berlaku pergaduhan di sekitar Sekolah Tarakanita Kabayoran Baru," katanya.
Lantaran itu, katanya, pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati remaja-remaja tersebut sedang bergaduh sebelum dileraikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram