DUA juruterbang terbunuh selepas sebuah jet pejuang F-7 terhempas berhampiran wilayah Isfahan di tengah Iran pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Nahas berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi waktu tempatan. Pesawat malang itu berlepas dari Pangkalan Udara Shahid Babaei sebelum terhempas di Anarak kira-kira 200 kilometer dari Isfahan.
Pesawat itu dilaporkan sedang menjalani latihan di Anarak.
Menurut agensi berita ISNA dan Tasnim, punca nahas dipercayai akibat masalah teknikal.
Sebelum ini, dua juruterbang dan seorang penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat F-5 milik tentera terhempas di bandar Tabriz pada Februari. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram