Berakhirnya operasi pondok telefon awam di bandar terkemuka dunia


  • Benua
  • Selasa, 24 Mei 2022

Sebuah pondok telefon awam berbayar diangkut oleh sebuah trak untuk dihantar ke sebuah muzium di bandar raya New York pada Isnin. — Agensi

DUA pondok telefon awam berbayar akhirnya menamatkan operasinya pada Isnin di bandar raya New York, Amerika Syarikat apabila ia diangkut dengan trak untuk dihantar ke sebuah muzium.

Pondok telefon awam itu menjadi 'mangsa' perkembangan teknologi telefon bimbit kerana penggunaan gajet mulai berkembang di bandar raya itu sejak awal tahun 2000 lagi.

Telefon awam juga menjadi mangsa kepada kemudahan wi-fi percuma yang ditawarkan kepada pengguna di New York.

Setiap pondok telefon itu menyediakan dua telefon awam yang berbayar.

A worker removes the last public payphone near Times Square in New York City, U.S., May 23, 2022.  REUTERS/Brendan McDermid      TPX IMAGES OF THE DAY

Telefon awam menjadi mangsa kemudahan wi-fi percuma yang ditawarkan kepada pengguna di New York. — Agensi

Dua pondok telefon awam berbayar itu terletak di 7th Avenue dan 50th Street Manhattan itu ditanggalkan oleh pekerja pembinaan dan diangkut ke atas treler untuk dihantar ke Muzium Bandar Raya New York sempena pameran yang berjudul 'Analog City' iaitu keadaan New York sebelum komputer.

Majlis memindahkan telefon itu disaksikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Manhattan, Mark Levine dengan dihadiri para wartawan.

Payphone

Mark Levine dalam ciapan Twitter, mengucapkan selamat tinggal kepada dua telefon awam di bandar raya New York itu. — Agensi

Menurut ciapan Levine di Twitter, beliau turut mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada telefon berbayar di bandar raya New York itu.

Telefon awam berbayar itu juga terkenal kerana ia pernah disiarkan dalam komik 'Superman' pada lewat tahun 1942. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram