Budak tiga tahun tertembak mati ibu muda guna pistol bapa


  • Benua
  • Rabu, 16 Mac 2022

KEJADIAN tembakan berlaku di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Dolton, sebuah kawasan luar bandar dekat Chicago. — Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun tidak sengaja menembak dan membunuh ibunya ketika bermain dengan sepucuk pistol di pinggir bandar Chicago, Amerika Syarikat (AS), kata polis.

Tragedi itu berlaku pada petang Sabtu di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya di Dolton, sebuah kawasan luar bandar dekat Chicago.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut berada di tempat duduk belakang kereta, manakala ibu bapanya berada di hadapan.

Namun tanpa disedari, kanak-kanak lelaki itu berjaya mengambil pistol milik bapanya.

Ketua polis tempatan, Robert Collins memaklumkan kepada AFP bahawa kanak-kanak itu bermain dengan pistol berkenaan di dalam kereta, sebelum tertarik picunya.

Ibunya, Daejah Bennett, 22 tahun, terkena tembakan pada belakang leher dan dikejarkan ke hospital Chicago di mana mangsa disahkan meninggal dunia.

"Bapa kanak-kanak itu ditahan sementara siasatan dilakukan untuk menentukan sama ada dia memiliki pistol terbabit secara sah atau perlu berdepan pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api," kata polis pada Selasa.

Kejadian seumpama itu kerap berlaku di AS. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram