SEORANG bayi 17 bulan dari Scotland meninggal dunia selepas tertelan bateri mainan kanak-kanak.
Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada Disember tahun lepas, bapa kanak-kanak terbabit, Hugh McMahon berkata, dia baru pulang daripada membeli belah pada malam Krismas lepas dan terus naik ke bilik tidur anaknya itu untuk mengucapkan selamat malam padanya.
Dia kemudiannya bersama-sama isteri dan tiga lagi anak mereka yang lain membalut hadiah sambil minum minuman coklat panas.
Beberapa jam kemudian, pasangan itu menemui anak bongsu mereka itu terbaring merenung syiling dan ada bunyi serak pelik dari dadanya.
"Dia bernafas tapi dia mula pucat, " kata Hugh.
"Apabila dia hampir gagal untuk bernafas - kami panik, kami menelefon ambulans dan paramedik memberinya oksigen," ujar Hugh.
Kanak-kanak itu bersama ibunya, Christine McDonald kemudiannya dibawa ke Hospital University Wishaw manakala bapanya mengekori dengan kereta mereka.
"Apabila saya sampai ke hospital, saya mendapati bahawa anak saya telah sedar," kata Hugh.
"Saya menangis. Semuanya berlaku dengan begitu pantas dan dia kelihatan seperti dia baru sahaja mengalami kemalangan kereta yang teruk - dia kehilangan semua darahnya, darahnya ada di merata-rata tempat.
"Doktor menjelaskan mereka tidak tahu dari mana datangnya pendarahan dan darahnya berasid," kata Hugh.
Hugh berkata mereka diberitahu bahawa kanak-kanak tersebut perlu dibawa ke Hospital Universiti Queen Elizabeth di Glasgow untuk rawatan pakar - atau dia "hampir pasti mati".
Ujian kemudian menunjukkan bahawa lubang sebesar syiling 5p (5 sen) telah terbakar di dalam hatinya - dan kemungkinan besar ia berpunca daripada bateri butang yang terdapat di saluran esofagusnya.
Pakar bedah melakukan pembedahan selama 12 jam tetapi kanak-kanak itu tetap mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk sehingga akhirnya mereka terpaksa menanggalkan alat sokongan nyawa.
"Kami diberitahu dia mengalami kerosakan otak. Bermula dari itu hingga organnya mula rosak. Kami diberitahu dia tidak akan boleh makan dan dia perlu diberi makan melalui tiub, kerongkongnya sudah terbakar.
"Beliau telah berjuang yang begitu hebat dan ia memberi kesan yang besar pada tubuh kecilnya. Kami memandikannya, memotong rambutnya dan menghabiskan sebanyak mungkin masa bersamanya. Kemudian mereka matikan mesin (bantuan penafasan)," kongsinya.
Kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 26 Disember dan dikebumikan di Cumbernauld.
Hugh memberitahu BBC bahawa dia menggeledah rumah mereka dan menjumpai mainan untuk membantu kanak-kanak yang gatal gusi yang dikeluarkan sebuah syarikat yang menggunakan tiga bateri butang - satu daripadanya hilang.
Dia percaya itu adalah bateri yang ditelan bayinya.
Jurucakap syarikat mainan terbabit memberitahu BBC: "Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini. Keselamatan pelanggan adalah yang paling penting dan kami mengambil perkara ini dengan sangat serius."
Pakar bedah sebelum ini memberi amaran tentang risiko maut bateri ini kepada kanak-kanak.
Katanya bateri ini perlu "dilihat seperti racun dan dijauhkan daripada kanak-kanak".
Hugh dan Christine kini telah melancarkan petisyen yang menyeru agar bateri ini diharamkan sepenuhnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram